Inaugural Ceremony For Global Development Centre Of Ant International - Anwar Ibrahim's speech
リアクション
2026年07月01日
Negara mesti memastikan pertimbangan manusia terus menjadi teras dalam setiap proses membuat keputusan, meskipun keupayaan dan kecanggihan teknologi berkembang dengan begitu pesat.
Kecerdasan buatan (AI) sedang mengubah landskap perniagaan, perdagangan dan sistem kewangan global. Ia bukan sekadar mengubah cara syarikat beroperasi, malah turut mempengaruhi penilaian kredit, pengurusan risiko, aliran perdagangan rentas sempadan serta ekosistem ekonomi secara keseluruhannya.
Namun, dalam mengejar kemajuan teknologi, kita tidak boleh mengorbankan nilai kemanusiaan yakni pertimbangan berasaskan hikmah, etika dan tanggungjawab mesti terus menjadi tunjang kepada setiap keputusan yang dibuat.
Perkara ini saya tekankan ketika merasmikan Pusat Pembangunan Global (GDC) Ant International Kuala Lumpur hari ini dan keputusan memilih Malaysia sebagai tapak GDC mereka adalah bertepatan dengan pelancaran Rangka Tindakan Malaysia Digital 2030 pada Isnin lalu.
Ini membuktikan keyakinan pelabur global terhadap dasar, kestabilan dan hala tuju ekonomi negara lantas menjadikan
Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi muncul sebagai peneraju ekonomi digital yang berdaya saing, inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat.